BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 26 April 2014

Kpm Sri Iskandar



Assalamualaikum :)

hai :) i'm back to write some point on Si again.
since ada yang tanya bout kpmsi.
walaupun ciput je yang tanya tapi tak salah rasanya law aku share. haha
the late post i noticed that i touched only a few points of kpm
and selebihnya banyak pasal uitm je kan. haha
so sambil tgh layan2 video ibu dan medina ni i would share the story :)

lately ni ada yang tanya pasal kpmsi kat aku.
and guess what, korang buat aku rindu dgn SI lah. haha
dah lama rasanya tak rindu SI. hehe
but sokay lah, malam ni kta luahkan rindu pada kpmsi :)

Mara Profesional College Sri Iskandar.
located mmg lah agak pendalaman sikit.
kalau korang nampak balai polis sri iskandar.
haa..masuk jalan tu dalam sana lagi.
pastu belok pastu masuk dalam lagi nampak kiri kanan hutan.
pastu nampak lah kpmsi. haha
mmg lah korang faham kan.
to be honest lah, first time aku masuk kawasan tu aku rasa cam nak
tarik baju mak ajak balik. 
bayangkan lah aku yang mmg kaki berjalan ttiba sampai kat 
kawasan yang sunyi tak ada hape tu.
masa tu bandar U baru nak naik.
tesco pun baru nak bina. macd lagi lah tak ada. haha
sekarang fuyooo macam2 dah ada.
tapi macam yang pernah aku cakap dulu.
prtama kali masuk Sri Iskandar aku dah jatuh cinta.
and first time masuk kawasan kpm pun aku boleh jatuh hati. haha
kpmsi ni cantik tempatnya pada pengamatan aku lah.
bersih and kemas.
kagum jugak lah seketika.
walaupun dalam hutan tapi Alhamdulillah cantik selesa.
tak tau lah orang lain cmna.
aku mmg jnis suka nature :)

dari pukul 8 aku sampai pukul 2 baru sudah register.
percaya tak?
fuhhh penat gila bak ang.
dari atas dewan utama sampai satu2 bilik kuliah pergi
untuk daftar.
lenguh kaki ni.
tapi Alhamdulilah lancar smuanya.
tu satu hal aku suka tentang kpmsi.
teratur dan teliti. 

masa tu pihak keluarga ada yang duk dalam dewan utama ada dalam 
dewan kuliah tgk tayangan apa ntah dorang pasang. haha

lepastu pergi kemas2 barang kat hostel.
Alhamdulillah lah roomates smua baik2 comel2 belaka. haha
sofi,wanie,ana,mia,myra.
6 orang satu bilik. tapi bilik dia besar gila bak ang.
boleh main lari2. haha
roomates aku ni dua orang budak perak 3 orang budak selangor and yaaa
aku je ganu ganu ganu. haha
aku suka gila loker dia. besar macam2 boleh sumbat.
aku pun muat law nak masuk dalam. haha
bilik dia ni besar sangat ada dua pintu belah depan.
aku dengan myra duk dekat dpan pintu.
so masa aku balik ganu myra takut nak tdo sbb katil aku kosong.
so dia tdo kat bawah sebelah katil mia. haha
nak tunjuk betapa besarnya bilik tu. hehe

bilik air dia pun okay. besar banyak tandas.
tapi ntah lah aku tak ingat sangat pasal bilik air.
sbb masa orientasi ktorang tak pnah sempat mandi pun.
3 hari skali mandi kot.
seriously, orientasi dia terbaikkkk. hahaha
nanti aku cita pasal orientasi tau.

dkat kamsis siswi ni, ada ruang kat tengah2 tu.
dia bentuk U.
ada padang rumput sikit ah. sebenarnya pasir. haha
ada kerusi batu yang cantik. so boleh lah ambik2 angin kan. haha
and depan kamsis ada surau.
and depan surau kamsis siswa.
so kalau korang nak g solat mmg confirm kna lalu kat situ jugak. haha
dah lah ruang solat wanita bdepan dgn kamsis lelaki.
hati - hati ya nanti ada mata2 yang usha dari jauh. hehe

kamsis siswa ni dia dekat dgn dewan utama sikit.
bilik2 kuliah lah maksudnya.
so kalau ada siswa yang terlewat jugak g class tu tak tau lah. haha
sebelah kamsis siswa sebelah sana ada padang.
tapi padang yang di tar lah. haha
so sebelah padang tu ada padang rumput.

okay, nak bagitau awal2.
kpmsi ni displin dan peraturan mmg kuat.
kna bersedia awal2 tau.
contohnya korang kna parking kat padang and berjalan g class.
jauh? 
tgk lah masa hari pendaftaran nanti banyak mana jauh dia. haha
and korang kalau lewat datang class seminit je dah tak boleh sign attendance.
so kira cam tak hadir lah walaupun korang ada dalam class. haha
and dulu waktu time kat sana.
stiap hari untuk maghrib dan isyak kna solat jemaah kat surau.
smua student. ulang suara smua.
and kna sign attendance bla g surau.
so jangan haraplah nak ponteng ya. haha
and lecturer banyak jugak yang strict and ada jugak yang fun.
tapi jangan takut.
bukan nak takutkan cuma nak suruh bersedia.
tapi percayalah benda2 tu lah yang akan buat korang jadi better.
tak yah risau. tak yah takut.
dalam hutan ke. tak ada life ke. peraturan strict ke.
kakak abang korang dah laluinya.
dan dorang berjaya.
benda2 tu lah yang dah buat dorang berjaya jadi manusia berguna :)

dalam banyak2 kpm.
kpmsi among the best tau.
tu based on history lah. haha
and MARA ni banyak benefit untuk korang.
peluang korang nak g further study overseas pn luas.
apalagi kalau korang ambik fhnd.
MARA jugak banyak anjurkan program and dana untuk kpm.
based on apa yang dicerita salah satu kawan kpm yang pnah rapat dgn aku, wafiy.
banyak sangat program yang MARA buat untuk kpmsi.
wafiy sendiri antara orang yang terbusy dalam kpmsi ni.
budak international business.
orang famous ni. haha
dia jugak salah satu ahli GEL (Great excellence leadership) programme.
aku rasa btul lah kot tu namanya. haha
cohort ni anjuran mara jugak.
untuk membentuk idealis2 muda dalam memajukan malaysia.
dgn programme ni je dah macam2 tempat dorang pergi.
indonesia, singapore dll.
kalau nak join cohort tu,
korang kna lah struggle jadi top scores, okay.
u can do it. haha

benefitnya lagi kpm ni, korang dapat elaun sara diri
and lpas habis korang takde hutang. suka tak?
dorang sediakan practical jugak untuk korang.
and pada yang ambik fhnd tu lagi untung.
sbb korang bukan belajar teori je tapi skills skali kata orang.

so far tu je lah yang aku tau bout kpmsi.
since aku pun tak lama kat sana.
aku banyak tau pun sbb aku ada rapat jugak dgn kawan dari sana.
and banyak jugak follow update kawan2 kat sana
since dulu aku rindu gila2 dgn kpm ni. haha

haa..tadi dah janji nak crita pasal orientasi kan.
ok now aku cita lah sikit.
tak boleh panjang2 aku dah tak larat ptang tadi banyak berjalan. haha

orientasi dia serious macam kem tentera tau.
bukan aku je. kalau tanya senior2 yang lain pun dorang akan
cakap bnda sama.
sampaikan aku pnah flashback2 dgn wafiy bolehkan cakap
'orientasi dulu kita kena teruk kan?' haha
tengok lah budak lelaki pun cakap cam gitu.
apalagi aku yang ppuan ayu ni. haha
tapi masa orientasi tu aku sakit.
so mmg rasa lagi teruk lah. haha

orientasi nanti kna pakai tudung putih,sneakers and tag nama
yang dibuat dari manilakad and tali rafia.
manila kad tu besar dia ada ah besar plat keta ayah korang.
haa..fikir lah malu tak malu masa tu.
then korang dibagi group.
and dalam sminggu tu kna sentiasa dalam group.
group aku the best ah group tikus. ciss
haha
antara yang aku ingat namanya.
aiman pisang,zud,azrin,amm and lain2 tak ingat. hahaha
masa tu aku sakit jadi muka monyok sangat sangat.
aiman plak ska cakap.
'ira..senyum..senyum :)'
hahaha
dia ni mmg kelakar gila budaknya. suka nyakat orang.
macam2 aktiviti kna buat dalam group tu.
ada yang memalukan ada yang biasa je. hehe

setiap petang plak ada sukan.
senaman yang ditunjuk ajar oleh tok batin dan nek batin.
amir dan qaa tak silap orangnya.
haha
mmg kelakar gila ah tiap2 petang tgk aksi tok batin ajar buat senaman
aerobik kononnya tapi lebih pada joget clubbing. haha

main boom to the boom. 
pastu main spa yang boleh main siput2 dgn muka yang paling gedik.
so masa tu ktorang duk main siput2 tu dgn masing2 muka
gedik nak mampos. hahahahaa
waktu senaman petang kna pakai tshirt kpmsi.
nanti dorang bagi tau. haha

and paling tak boleh lupa waktu orientasi.
korang akan rasa tak pnah cukup masa.
jangan beranganlah nak msj nak call nak tengok muka sendiri kat cermin atau apa.
bernafas pun nasib sempat. haha
korang nak g mana2 kna berlari tau.
beratur. g makan berlari.
bayangkan korang pakai baju kurung and berlari laju. haha
lepas makan. dia bagi 2 minit je korang kna berlari balik kamsis ambik telekung solat and
berlari g surau.
korang bayangggkan..
tak adanya nak solat kat bilik.
subuh and lagi 4 waktu smua kat surau tau.
balik bilik nak duk atas katil jap pun tak sempat. haha
masuk ambik telekung trus berlari keluar.
tu pun korang dah berlari, bila sampai kumpul depan kamsis still kna marah.
fasi jerit2 marah kata cepat cepat. haha
fasi kat sana sentiasa menjerit.
buat korang rasa tertekan gila.

makan lagi lah tak sempat.
korang dah berlari beratur ambik air.
korang baru nak letak punggung duduk nak suap satu makanan.
fasi dah bunyi.
okay dah makan cepat simpan pinggan pergi surau sekarang.
ahaha
sepanjang orientasi aku makan berapa suap je.

tengah malam pulak korang akan habis program pukul 12 lebih and
fasi jerit suruh berlari balik bilik.
and sampa je bilik dorang suruh trus tutup lampu.
dorang kira sampai 5 je.
kalau dorang nampak ada lagi lampu yang buka habislah korang.
haha
so cer cakap cmna and bila masanya korang boleh mandi?
ada satu malam tu.
ktorang didenda dalam dewan sbb ada yang tercakap kurang ajar dgn fasi and da yang merokok.
malam tu ktorang duduk renggang2 dalam dewan tu.
penuh satu dewan.
and fasi suh baring.
satu orang pun tak boleh lawan. nak angkat kepala atau apa.
lepastu fasi suh ktorang guling2kan badan ulang alik sampai berapa kali.
dengan lantai dewan yang berdebu tu.
ktorang dah jadi macam sotong celup tepung.
haha
bayangkan masa tu pukul 1 lebih dah.
nak dekat dua pagi.
semua dah mata layu mengantuk.
and fasi pulak ragging.
buat sesi luahan hati menjerit2 menangis marah ktorang.
aku dah tak tahan betul rasa nak keluar air mata dgn gastrik lagi.
pastu fasi suh semua bangun and buat gaya ultraman selama brpa minit.
bayangkan berdiri and angkat kaki sebelah bengkok ke lutut and tangan gaya ultraman.
korang berdiri lah kat situ hampir dua puluh minit tak silap.
bayangkan sakit tak sakit dgn pagi2 buat camtu.
janganlah ada yang letak kaki kalau nak dengar fasi menjerit marah korang.

pukul 2 lebih balik kamsis tdo sat ja. haha
pukul 3 dorang pasang siren kebakaran.
kuat gila.
dorang nyalakan api unggun kat padang kamsis siswi.
pastu dorang jerit.
'keluar..keluar semua keluar api api!'
aku yang baru nak lena tu dgn roomate tpaksa gak bangun capai tudung berlari p kluar kat padang kamsis.
masa ktorang berkumpul budak laki sorang pun tak ada lagi.
and yang lambat korang tau kna apa?
dorang diasingkan duduk kat tepi pastu kena sembur dgn paip bomba.
untunglah korang dapat mandi. ktorang tak sempat mandi pun. hahaha
and guess what budak lelaki baru turun dgn lenggang2 kangkung dia 
dgn boxer dia. and last2 semua budak laki kna sembur. ahahaha
3 pagi dgr latihan kebakaran and ceramah kebakaran dari abang2 bomba tu dgn mata rabak.
bayangkanlah.
lepas abis ceramah tu trus g surau pukul 4 untuk qiamulai.
Ya Allah tak tau nak cakap dgn aku yang uzur so kna duk luar.
kat atas jalan tar tu sejuk gila dgn senggugut.
aku baring sat atas jalan tar tu.
tu pun kena marah.
kena jenguk2 time fasi tak pandang boleh lah baring jap.
kalau berani baring mmg kna marah lah jawpaan dia.
so kna duduk tercongok kat situ sampailah subuh.
sumpah tak tahan rasa dia.
lepas habis subuh trus balik bilik tuka baju and senaman pagi pukul 7.
aarghhhhh tak ada rehat langsung.
haaa tu lah orientasi kpm kalau nak tau.
terbaik sangat lah. haha

okaylah aku dah tak larat nak cita.
sakit belakang ni sebenarnya.
so sila lah tatap gambar2 yang ada sikit sebanyak ni ya.
haha



bandar universiti Sri Iskandar. tmpat fav aku selama kat UitmSi. haha


Kolej Profesional Mara Sri Iskandar, Perak.


kamsis siswa. sori kamsis siswi tak ada gambar.


surau. tmpat fav aku kat kmpsi ni. 
haa sebelah belakang yang nampak sikit tu lah kamsis siwi. 


ni bilik aku A1-07.
nampak tak loker dia yang besar dan aku kat dalam loker tu. haha


ni sikit lah dari view kat dewan utama.


ni suasana dalam dewan kuliah.


senaman petang waktu orientasi. suka gila suasana kat sini, nyaman :)


waktu orientasi dalam dewan utama.


ni lah classmates aku yang baik hati dan comel.
class rep tu budak penang.
dia cakap lagu ni
'oii ampa, satgi pi dk. ampa tau dak dk tu katna?' haha
ternganga gak lah smua dengar.
assistant monitor c shai. comel kan dia. hehe
tapi masa ni aku dah tak ada.
aku dkat Uitmsi plak. haha

okay lah, up til now.
dah tak larat nak tdo plak.
and pada yang dapat tawaran dari kpmsi tu.
akak rasa better trima sbb banyak benefit sebenarnya.
tapi kalau tak nak dan rasa tak sesuai dgn kalian pun takpe.
belajar kat mana pun sama je sebenarnya.
yang paling penting niat dan cara kita.
tanam azam dari awal tu yang penting.
belajar lillahi'taala :)
insyaAllah di permudahkan segalanya.

buat isthikarah dan tawakal pada pilihan yang dibuat.
goodluck :)


4 comments:

  1. as salam ,
    halo akak
    kita student kpmsi to-be insha Allah . HEE
    nak tanye , tyme kuliah kasut mmg kene kulit ke ap ?
    or anything , hoho tinggal minggu dpn jek .tq;)

    ReplyDelete
  2. Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya dan follow blog saya.. Jalalboy

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Awak,ermmm..kenapa awk tak sambung kat kpm dah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam..sorry baru perasan.kpm bolh masuk skali je awk.

      Delete