BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 March 2014

Cara mencintai seseorang.



Assalamualaikum :)

dah lama tak blogging 
so harini saya nak share pasal cinta.
apahal ttiba? haha
okaylah sebenarnya dah lama nak update tapi
kesihatan kurang mengizinkan 
so agak takde mood nak blogging.
sekarang lah ada masa lapang sikit rasanya. hehe

bila cakap pasal cinta mesti yang ada di benak
'bercinta' kan?
of course lah kot nama pun cinta kan. haha
tapi yang saya maksudkan di sini adalah cinta.
umum maksud saya.

'Yang perlu bukan bercinta, tapi jatuh cinta'
cuba fahamkan apa yang saya nak sampaikan.
betul lah kata2 kat atas tu.
saya akui kebenarannya sekarang.
saya juga manusia biasa yang pernah bercinta.
tapi sekarang akui kebenaran kata2 tu.

kerana mustahil bagi orang yang bercinta untuk memelihara
kesucian cinta mereka,
tapi mudah bagi yang jatuh cinta untuk memelihara cinta
mereka dari hawa nafsu.
faham kan.

apabila dua orang yang bercinta,
haruslah ada kata2 indah yang disifatkan lagha,
dan perlakuan mahupun lisan yang mendekati zina.
sedar atau tidak.

jatuh cinta itu fitrah.
yang tak dapat kita hindari sebagai manusia biasa.
cinta itu anugerah dari Allah.
jaga, pelihara.
insyaAllah, bahagia dunia akhirat :)

ada perbezaan antara bercinta dan jatuh cinta.
ada jurang bagi yang jatuh cinta.
tapi tiada jurang bagi yang bercinta.
fikirkan.

apabila kamu bercouple yang kamu kenal hanyalah lakonanya,
bukan dirinya yang sebenar.
betul tu.
kamu hanya lihat dan cari yang indah pada dirinya.
tapi apabila kamu berkahwin,
ia sangat jauh berbeza kerana sifat perkahwinan itu sendiri
adalah lebih besar pada tanggungjawab.
perkahwinan itu pula bukan semata hanya cinta.
banyak kali saya nyatakan.
perkahwinan itu adalah tanggungjawab.
dalam suatu perkahwinan, tanggungjawab dan cinta berjalan seiring.
tiada salah satu yang lebih besar.
namun, nyata tanggungjawab adalah lebih penting.
bukan bermakna cinta tak penting atau tak perlu.
malah cinta sangat diperlukan bagi seimbangkan sebuah rumahtangga.
tapi harus diutamakan tanggungjawab.
bernikahlah kerana Allah.
sayangilah seseorang lillahiataala.

sayangilah seseorang kerana agama.
apabila kita ambil sebab sayang itu kerana agama dan akhlaknya,
sayang tu tak akan lenyap,
Allah tak akan lenyap.

sayangi seseorang dalam diam.
berdoalah..
berdoa agar berjodoh dengannya.
Allah mendengar, maha kuasa.

jika kita benar sayang seseorang,
setiap lepas solat,
atau bila2 masa sahaja.
doakan lah kesejahteraannya.
moga dirinya terpelihara olehNya.
dan doalah ada jodoh dengannya :)
Allah tak akan sia-siakan doa hambanya yang berusaha.

Luahkan rasa itu melalui doa. Doa adalah penguat hubungan.
 Inshaa Allah jika dgn izin Allah perasaan yg sama juga akan sampai dkt si dia

mengharapkan pasangan yang baik.
haruslah bermula dengan diri sendiri.
be a good woman in order to find a good spouse.

bila kita jadi baik,
Allah akan hantarkan orang-orang yang baik untuk kita.
percayalah :)
berusaha untuk jadi yang lebih baik dan yang terbaik kita mampu.
usaha dan tawakal.
Allah akan datangkan keajaiban pada hamba yang
tak putus asa.
insyaAllah :)

saya juga sedang menambah kekuatan faham.
masih berdoa dan berusaha untuk lebih baik.
semuanya tak mudah.
tapi ambil lah step macam bayi.
lama2 akan trbiasa.

All praises to Allah.
most merciful.
Ar-rahman.
Ar-rahim.

salamun'alaik.

1 comment: