BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 31 October 2012

Ubah pemikiran sebelum ubah peraturan


السلام عليكم


Ada kepentingan mengubah mindset yang boleh di adaptasi. dulu saya masih keliru dengan pengertian mindset itu sendiri. ia nampak simple tapi maksud sebenar di sebaliknya individu tu sendiri yang perlu kupas.

mindset banyak bawa pengaruh pada diri malah boleh dikatakan kehidupan bergantung pada mindset. macam mana kita set pemikiran kita macam tu larh hidup kita. from a very simple thing we deal with that's all related with mind set. tekanan tu datang dalam pelbagai bentuk, but as for me now. saya sebagai pelajar dapat merasakan tekanan untuk menghadapi peperiksaan dan pelajaran yang agak susah. 

jika kita sendiri membuat tanggapan bahawa kita tidak mampu buat yang terbaik dalam peperiksaan, kita rasa kita tidak mampu berjaya. dari situ titik permulaan segalanya. bermula dengan pemikiran bahawa kita x mampu buat, jasad pn tidak tergerak untuk belajar kerana minda kita telah mengatakan bahawa kita tidak akan berjaya. seterusnya pemikiran itu akan berlanjutan dan sekaligus mengundang kegagalan.

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: " Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." 
Menurut kajian psychology, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

apa yang disebut oleh hati dan minda adalah pemangkin semangat kepada jiwa. kerana tiada siapa yang lebih percaya diri kita melainkan diri kita sendiri. ada yang pernah mengatakan, walaupun kita rasa kita x boleh buat sesuatu tu, just tell to yourself that u can do it! kata-kata mampu merangsang minda seterusnya masuk ke dalam jiwa yang boleh menggerakkan diri kita. 

be an optimist, sentiasa katakan pada diri sendiri bahawa kita boleh. but to be an optimist susah, saya tau.
even saya sendiri masih mencuba mengubah pemikiran agar menjadi lebih baik.
nak membuat perubahan memang susah, itu sudah menjadi fakta. tapi bergerak selangkah ke hadapan adalah lebih baik dari berterusan berada di tempat yang sama. walaupun langkah kita mungkin banyak halangannya, tapi sentiasalah bergerak ke hadapan :)


No comments:

Post a Comment