BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 February 2014

Kerana kami wanita



Kerana kami wanita,
Emosi kami selalu mengatasi logik akal..
Kerana kami wanita,
Air mata teman setia kami..
Kerana kami wanita,
Sensitiviti kami terhadap sesuatu amat tinggi..

DAN..

Kerana kami wanita,
Amat dambakan pertolongan darimu Adam
Peliharalah bicaramu dengan kami
Jangan bermain kata2 manis dengan kami
Takut rosak hati kami..

Kerana kami wanita,
Akhlakmu ukuran dimata kami
Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mata kami
Takut rosak thiqohmu..

Kerana kami wanita,
Maka peliharalah susunan kata-katamu
Kerana kami mudah terasa namun
Kami bukan lemah sekadar ingin kau tahu
Hati ini mudah tercalar

Kerana kami wanita,
Peliharalah dirimu dari mencemuh
Saat titisan jernih mengalir dari mata
Kerana itu cara untuk kami meluahkan perasaan
Supaya hati tenang kembali..

Kerana kami wanita,
Memang sangat peka
Maka fahamilah kecerewetan
Kami ada sebabnya..

WAHAI ADAM,
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
Hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
Darjat mu telah jatuh pada pandangan kami.
Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
Maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Jangan sentuh hati wanita
andai dia tidak ingin engkau nikahi.

{ Bercinta Selepas Nikah }

No comments:

Post a Comment