BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 27 February 2014

Keep calm and lets Hijrah :)



Assalamualaikum :)

happy jumu'ah peeps.
let's recite Al-mulk today if u haven't yet :)
May God bless all of u. Ameen
okay hari ni nak share sikit pasal event semalam.
yang sangat blissful :)

sebenarnya aku tak tau boleh masuk atau tak
sbb event tu dkat universiti.
tapi dengan semangat yang ada aku g ngn fad.
brdoa supaya boleh masuk.
mula2 sampai tgk kat luar dewan sunyi.
dah agak kecewa.
tapi i give a shot cuba masuk kat dalam dewan and
Alhamdulillah ada lagi tiket kosong :)
All praises to Allah :)







A talk by Nur dianah kamarul bahrin :)
topiknya as stated above.
'keep calm and let's hijrah' 
of courselah mst ramai yang knal spa dena bahrin ni kan.
ummi saif yang sangat cantik orangnya.
Subhanallah..sangat cantik :)
dan ada jugak yang tak kenal agaknya.
okaylah intro skit.

#Nurdianahkamarulbahrin 
#22 y/o
#a wife & a mother & a student
#an active blogger


cantik orangnya, kan :)

so ramai jugak yang tanya cmna dia boleh famous?
i guess lepas video lamaran kat youtube tu agaknya :)
but for sure dialah icon #bercinta selepas kahwin
and icon #muslimah
barakallah :)

aku follow dia punya stories ni start dari aku terbaca blog anati.
entry dia pasal bercinta selepas nikah and ada
gambar2 dena and link blog dia.
start dari tu aku follow up cita dia mulalah dari dia bertunang.
cantik kisahnya :)

so dari dia as student, bertunang, berkahwin and dah ada anak pula
aku tak sangka pun dapat jumpa dena. haha
but Allah's plan was just so beautiful, kan?
ada jodoh ada rezeki, Allah izinkan bertemu :)
Thank you Allah.
this woman inspired me a lot.
so optimist, so calm and just so beautiful character :)

nampak dia dkat laman sosial dah cantik kan?
but she's so beautiful in person and look :)
so humble orangnya, tersenyum sentiasa :)
sejuk mata memandang :)
sama cantik dengan keperibadiaanya. 
an amazing woman u can adapt from.

okay dah, haha
dah kenapa tak boleh berhenti puji ni.
okay2. 
banyak sangat yang dena cita semalam
tapi tak semua boleh dengar clear since
orang belakang bercakapnya mmg sangat kuat and ganggu
the whole line in front.
sabarkan je hati and cuba focus dengar jugak.
tapi aku ada record jugak. hehe

topik yang dia utarakan semalam
'bercinta selepas nikah'
so dena cita kisah dia cmna boleh kawin smua lah.
lawak pun ada, kagum pun ada. haha
kata dena masa dikenalkan dgn husband dia.
dia langsung tak suka dgn husband dia.
siap benci pun ada.
and suprisingly, yang orang tak tau.
rupanya masa tu dena dah ada suka dkat sorang laki ni tau.
dena cakap dgn mak dia.
mak dia cakap tak kisah, tapi laki tu yang tak ambik tindakan.
so bila husband dia masuk meminang.
mak dia cuba nak terima.
hadis rasulullah S.A.W pun berkata
"jika ada lelaki baik yang masuk meminang,
sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk terima"
so mak dia bagi dena masa 6 bulan untuk kenal husband dia.
and mak dia cakap jangan contact dgn laki yang dena suka tu.
contact husband dia je.
tapi dena buat2 contact je.
hakikatnya dia tak contact pun.
dena sendiri macam geram and marah dgn husband dia
"kenapa tak cakap je kau tak nak kawin dgn aku,
knapa cakap nak?"
hahaha. comel kan.

tapi mak dena cakap suatu kat dia.
"benda ni akan buat semua orang happy,
ramai orang yang akan mendoakan awak,
insyaAllah awak akan bahagia dunia akhirat"
and dah berlaku drama2 air mata smua.
dena buat istikharah.
and for the first time dia rasa.
bila dia buat benda ni semua orang akan happy,
and Allah will bless her.
and that's what made her happy.
so dia trima.
and of course she's in love with her husband :)

walaupun husband dia bukan ciri2 laki yang dia suka.
tapi Alhamdulillah bahagia :)
sbb ramai orang yang mendoakannya.
keluarga, tok2 and kawan2 smua.
perkahwinan tu mmg dapat sokongan kuat dari belah family smua.
sbb mmg family dorang yang nak tgk disatukan.
Alhamdulillah :)

and bout laki yang dia suka tadi.
katanya bila dah kawin baru dia sedar,
walaupun banyak ciri2 yang dia suka pada laki tu,
mungkin kalau dia kawin dgn laki tu sekarang dia tak sebahagia ni.
kadang2 kita kena lepaskan apa yang kita suka
untuk dapatkan apa yang kita perlu :)

"Allah ambik kebahagiaan kita yang sedikit untuk
gantikan dengan kebahagiaan yang lebih besar" :)

cam dena cakap..
rasa sedih tu mmg ada lah.
ttiba nak lupakan orang yang kita suka mmg susah.
tapi bila Allah ambik kebahagiaan sikit yang kita rasa tu,
Dia dah gantikan dengan kebahagiaan lebih besar untuk dena..
berkat dari doa tulus semua orang, 
Alhamdulillah bahagia :)

and tnyatalah mmg susah nak lupa orang yang kita suka.
so kita kna elakkan diri dari bercakap serious tentang tu.
cuba bila cakap selitkan dgn gelak tawa.
insyaAllah lbih mudah untuk hati trima.
cuba doa banyak2 kat Dia supaya jaga hati kta :')
yaa susah..aku akui.
sedih tu pasti ada.
tapi dngar kata2 kak dena sikit sebanyak suntik semangat aku semula :)
tak kira cmna baik pun akhlak dia,
cmna suka pada keperibadian dia,
atau ada ciri2 yang aku suka..
ttap kna jaga hati.
brdoalah dia jodohmu..
ya..aku slalu brdoa.
tapi jika Tuhan tak mengabulkan doa tu.
trimalah dengan hati terbuka.
insyaAllah kelak akan digantikan dgn kebahagiaan lebih besar.
barangkali dia bukan yang terbaik untukmu,
mahupun kamu bukan yang terbaik untuknya.
percaya pada Allah. InsyaAllah..

jika kita mahukan jodoh yang baik,
ianya bermula dari diri sendiri.
cmna kamu nak mngharapkan seorang pasangan yang baik untuk bimbing kamu
jika kamu tak bermula bimbing diri kamu?

perkahwinan tu bermaksud saling melengkapi
saling membimbing satu sama lain.
tak semestinya lelaki mst kuat agam dan bimbing isteri.
isteri juga boleh bimbing suami.
seeloknya keduanya seimbang.
btul cakap kak dena tu..
and bagi aku pula.
tak perlu cari suami yang alim.
cukuplah sekadar pegangan agamanya kukuh.
sebab orang alim boleh berubah jika agamanya goyah.
tapi orang yang pegangan agamanya kukuh
tak mungkin akan goyah :)

btul orang kata kan?
nak pasangan yang baik, kita kna jadi baik dulu.
macam Allah sendiri berfirman.
"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya"
nak buat benda baik mmg susah,
mmg banyak halangan.
tapi tak salah kalau kita trus mencuba
dan trus tanpa ada henti :)

dulu aku slalu trtanya2 cmna nak cari lelaki yang baik?
pasangan yang boleh bawa aku ke jalan yang btul.
sbb ramainya yang pnah hadir dlam hdup aku
ada masanya menyesatkan.
bla fikir semula, aku sendiri yang salah sbb pilih untuk dekat dgn mereka.
aku sendiri yang tak baik dgn diri aku.
tapi sekarang aku faham.
aku perlu lupakan untuk cari laki yang baik.
ia harus bermula dgn jadi wanita yang baik.
dan Allah akan hadirkan orang yang baik pada aku :)

ada antaranya untuk aku belajar sesuatu.
ada antaranya untuk aku cintai.
ada antaranya untuk jadi teman yang baik.
stiap darinya adalah anugerah dari Tuhan :)

brbalik pada dena..
nyata perkahwinan tu sangat memerlukan kekuatan rohani.
mmg tough lah perkahwinan tu sendiri apalagi pada
usia muda and masih belajar.
tapi tu yang memerlukan kta belajar banyak ttg persediaan rohani.
org nampak perkahwinan tu senang tapi
orang nampak luarannya.
dalamnya orang tak tau.
dan pesan dena pada semua..
pada yang nak kahwin usia muda.
tak jadi masalah cuma pada lelaki klau dah keja,
kukuh kewangannya okay lah.
kalau masih belajar dan belum stabil baik kukuhkan kewangan dulu.
perempuan sendiri perlu banyak belajar persiapkan diri sebagai seorang isteri.
macamtu juga dgn seoarang laki..
persiapkan diri untuk jadi seorang lelaki.
kerana tanggungjawabnya besar.

perkahwinan tu tak mudah.
perkahiwan bukan hanya cinta semata,
perkahwinan tu tanggungjawab :)
perkahwinan tu akan bahagia bila semuanya seimbang dan berkah :)

dngar pengalaman kak dena bersalin pulak mmg sangat tough.
gerun pulak jadinya.
tak terbayang rasanya cmna kesakitan yang dilalui tu.
tapi tengok senyuman dia sekarang
rasa okayy its worthy. 
sacrifice ibu tu sendiri sangat besar.
bayangkan pengalaman sekali nak bersalin tu je dah cukup buat gerun.
tapi wanita tak pernah takut untuk bersalin lagi.
sbb nikmat anak yang dapat tu cukup besar rahmat dia.
cukup bahagia.
tu lah kekuatan wanita yang tak dapat digambarkan perasaanya.
di dalam badannya dia boleh bawa satu nyawa.
sakit. ya sakit.
tapi dia masih boleh tersenyum :)

and masa tgh dngar talk tu jugak bolhkan
aku brbahas dgn zahid pasal iman dan harapan. hahaha
dari pasal jaga mata jaga hati lah apa sampaikan
harapan dan sebagainya..
waktu tu aku baru sedar bla dngar zahid cakap camtu.
ya..aku sedar.
dan mmg susah bla c bongsu berdebat.
tak ada yang menang atau kalah.
tapi bla dah balik ingat2 balik
sebenarnya btul apa yang zahid kata.
cuma masa tu kat event jadi aku tak bolh focus fikir apa dia cakap.
cuma ada lah jugak part2 yang aku rasa still aku btul. haha
tapi cam yang dia kata, ni bukan pasal spa btul or salah.
tapi pasal niat hati tu sendiri.
cam zahid kata
jangan kta duk mnilai dosa orang sampai
tak sedar kta sendiri yang buat dosa.
so peace for everybody :)
'nak cantik tak salah,tapi jangan menyerlah pada pandangan orang'
btul2 aku sokong.
tapi bila di isukan hal laki dan ppuan dan dibahaskan oleh
antara laki dan ppuan sendiri mmg agak payah lah.
apa pun peace :)

okay, rasanya cukup sampai sini dulu.
nak diceritakan rasanya tak ada sudahnya.
tlalu banyak pkongsian yang nak dikongsikan. haha

may Allah bless all of us :)
and have a nice day.


#Therapy #srf #medical



Assalamualaikum :)
and haihai again.
lama rasanya tak tulis skg asyik repost je.
nak buat acano den takdo masonyo aih. haha

so ni i baru balik uma.
and agaklah ada masa nak buang masa ni.
so i akan tulis sdikit sbanyak hal2 yang blaku lately. haha
cam banyak je kan halnya.
takde apa lah sangat tapi ada lah sikit2 hal yang mnganggu tu.

okay first of all tgk title pun dah tau.
entry kali ni nak mngadu domba sikit pasal kesihatan yang tak berapa
nak stabil ni.
haish, tak elok mngadu domba kan.
tapi ngn blog takpe kot, kan?
hahaha

semalam g fisio.
so bila therapist tanya progress, aku pun cita lah cenggitu cenggini.
so far dgn exercise yang dia suh buat tu makin tambah sakit.
and seminggu ni mmg sakitnya datang balik.
mmg tak boleh tdo lena sminggu ni.
ada bbrapa malam tu tak boleh tido.
pukul brapa pagi ntah terjaga aku tumbuk2 badan sendiri.
hahaha
tu mmg dah tahap geram sangat2 sampai kluar air mata.
haha

and sminggu ni jugak emosi tak menentu.
ya agak pale and muram.
so sapa yang cakap2 dgn aku tu mst akan rasa nyampah
law aku jawab spatah2 atau tak jawab langsung. ahahaha
and pada yang aku tmarah2 atau tersensitif bagai
maaf sangat ya.
takde niat pun nak buat camtu :)

so cam biasa dia letak hot pack, urut and kali ni dia buat ultrasound.
tapi yang aku tak abis fikir apa kgunaan mesin ultrasound tu lah.
sbb aku bukan budak medik kan. hehehe
yang hairannya bla dia guna mesin tu aku rasa makin tak selesa dan sakit.
apa function mesin tu pun tak tau lah.
tapi takkan nak bagi lagi sakit kot? hahaha

so bila dah cita2 keadaan sminggu tu.
akak therapist yang aku rasa sama umur dgn aku tu dah plik. hahaha
dia kata kna jumpa doktor balik law buat exercise makin sakit.
dia kata saraf yg masalah rasanya.
sbb kebas tu berlanjutan rasa dia and datang bila2 masa ja.
so dalam bulan 4 baru g jumpa doktor balik
masa appointment sopd nanti. haha

dia cakap doktor akan buat MRI and diagnosed nanti.
so lebih detail.
so aku dengar dgn tenang je cuma sebabkan badan tgh sakit
dan tak selesa jadi aku punya muka takda reaction. hehe
aku cakap je dalam hati lantak lah nak buat pa pun.
malas nak fikir dah, yang aku fikir nak balik tido je. hehe

so pagi tadi aku ulangkaji lah sikit kat google pasal
saraf punya masalah and pasal MRI yang dia cakap tu.
and guess what reaction aku lpas buka google tu.
bpa minit jugak lah aku duk dpan pc tak bergerak tak bkelip.
nasib bernafas g. hahaha

aku tak pnah tau pulak masalah saraf ni rupanya serious jugak dan 
perlu awarenessnya.
since dulu aku agak dah doktor cakap soft tissue aku je yang masalah.
jadi aku agak bnda tu ringan lagi kot.
and skang bla dah disuspect camtu bedebar jugak lah.
cuma aku harap apa yang therapist tu cakap tak btul.
mula2 aku datang fisio tu due to chronic upper back pain je.
skang dah analisa problem lain pulak.
resah?
msti lah ada. 
sbb aku sbenarnya dah tbayang2 aku abis latihan fisio dan sihat
spt sedia kala.
tapi hal tak diduga bila jadi macam ni. hahaha
aku pun tak abis baca lagi tadi.
malas nak baca banyak2 gerun aku tgk.
so bla aku baca pasal MRI test.
tu yang paling buat aku gerun.

bukannya tak pnah tgk alat tu.
dah banyak kali sangat aku tgk.
sbb hospital tu kan dah rumah kdua aku. hahaha
tapi aku tak pnah tau pulak function mesin tu.
hari ni baru aku tau.
dan feedback yang aku baca dari smua orang yang pnah buat tu adalah
sangat negative.
dalam gerun2 tu aku baca lagi.
orang kata buat ujian tu tak sakit langsung pn.
cuma..
cuma cuma cuma bla disorong masuk dalam terowong tu.
akan rasa sesak nafas/tak boleh nafas sbb jarak antara muka dan
mesin sangat dekat.
dan kna duduk sejam dalam tu.
dgn bunyi cam orang btukang yang sangat kuat.
aku cuba bayangkan.
dan aku trus pucat.
bayangkan masa muka kna wap tak sampai 1 minit pun aku dah
tak tahan gila tak boleh nafas.

ada satu lagi terowong tbuka.
tapi aku tak pasti untuk apa.
rasanya untuk scan bahagian kaki atau dekat perut je kot?
aku pnah dah duduk atas benda tu.
masa buat scan tulang belakang. hahahaa
tapi benda2 tu smua walaupun pnah buat tapi aku still rasa takut.

skang dah nak dkat dua minggu sakitnya datang balik cam masa baru2 diagnosed dulu.
harap cpatlah hilang sakit ni dah tak tahan rasanya.
dan sangatlah berharap tak payah buat MRI tu tak ksah lah
guna alat yang cmna pun.
tak mau tak mau tak mau. ahaha

law ikut rasa sakit ni rasa nak baring je dan mimpi2 indah.
biarlah hilang sakit seketika walaupun dalam mimpi.
hahahahahaa
tapi tak boleh camtu.
kna trus kuat dan harungi hidup spt biasa dgn hayat ceria :)
optimist ira optimist :)
one fine day, u'll get better.
u're strong, i trust u :)

up till now.
goodbye.


Monday 24 February 2014

Kerana kami wanita



Kerana kami wanita,
Emosi kami selalu mengatasi logik akal..
Kerana kami wanita,
Air mata teman setia kami..
Kerana kami wanita,
Sensitiviti kami terhadap sesuatu amat tinggi..

DAN..

Kerana kami wanita,
Amat dambakan pertolongan darimu Adam
Peliharalah bicaramu dengan kami
Jangan bermain kata2 manis dengan kami
Takut rosak hati kami..

Kerana kami wanita,
Akhlakmu ukuran dimata kami
Peliharalah akhlakmu dan imanmu
Jangan kau burukkan darjatmu pada mata kami
Takut rosak thiqohmu..

Kerana kami wanita,
Maka peliharalah susunan kata-katamu
Kerana kami mudah terasa namun
Kami bukan lemah sekadar ingin kau tahu
Hati ini mudah tercalar

Kerana kami wanita,
Peliharalah dirimu dari mencemuh
Saat titisan jernih mengalir dari mata
Kerana itu cara untuk kami meluahkan perasaan
Supaya hati tenang kembali..

Kerana kami wanita,
Memang sangat peka
Maka fahamilah kecerewetan
Kami ada sebabnya..

WAHAI ADAM,
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
Hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
Darjat mu telah jatuh pada pandangan kami.
Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
Maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Jangan sentuh hati wanita
andai dia tidak ingin engkau nikahi.

{ Bercinta Selepas Nikah }

Saturday 22 February 2014


Hawa Itu Mendamaikan 
 



Seorang isteri yang menenangkan jiwa adalah anugerah.

Seorang isteri yang meresahkan jiwa pula adalah musibah.

Allah menciptakan Hawa sebagai suatu kedamaikan kepada Adam. Dan Allah nyatakan dalam Al-Quran bahawa penciptaan wanita itu sendiri adalah bertujuan supaya para lelaki merasa damai dan tenang dengan kewujudan mereka. Ayatnya anda boleh lihat di kad-kad undangan walimah, banyak ditulis ayat dari surah Ar-Rum tersebut.

Manusia pula secara fitrahnya diciptakan oleh Allah, memang hendak kepada kedamaian. Siapa suka hidup dalam resah gelisah dan gundah gulana. Semuanya mahu gembira dan bahagia. Atas fitrah ini jugalah Allah ciptakan suatu makhluk yang cukup unik bernama wanita.

Sesungguhnya wanita adalah ciptaan Allah yang cukup istimewa. Segenap sudut seorang wanita adalah hasil seni yang tak ternilai harganya. Seni dari Yang Maha Mencipta.

Dia menenangkan.

Dia membahagiakan.

Dia menghilangkan kedukaan dan keresahan.

Semua lelaki mahukan ini, dan bermakna, secara semulajadi fitrah lelaki memang mahukan wanita yang lumrahnya seperti ini.

Tetapi Allah meletakkan sempadan dan garisan yang tidak boleh dilangkahi, kecuali dengan lafaz akad nikah yang sah. Melangkahi sempadan ini secara haram bukan bermakna tidak boleh mengecap nikmat penciptaan seorang wanita, namun bersama-samanya akan wujud penderitaan yang cukup halus.

Penderitaan yang merosak tenang dan damai di jiwa, sedikit demi sedikit.
Orang berzina, tanpa taubat hidupnya akan merana hingga berakhir umur dunia. Bahkan hingga bertemu di akhirat sana.

Justeru tenang dan damai yang diperolehi dengan sempadan Allah yang dilanggar, adalah tenang dan damai yang palsu. Ia hipokrasi ciptaan Syaitan.

Orang berkhalwat di hotel dan berzina manakan sama dengan pasangan suami isteri yang sedang berbulan madu.

Jiwanya resah gelisah, bimbang diserbu atau ditangkap, dan jika tidakpun, hatinya sentiasa waspada dan curiga.

Lelaki jangan rebut tenang dan damai dari sang Hawa dengan cara begitu. Ia jijik dan merosakkan kedamaikan di hati anda sendiri. Masuklah melalui pintu yang halal, ia menenangkan dan membahagiakan hingga ke mati, insyaAllah.


DAMAI

” Masin..”

Sepatah perkataan keluar dari mulut si suami tatkala suapan pertama. Kari ayam istimewa hasil air tangan isteri tidak seindah di pandangan mata. Maklum saja, isteri baru dua bulan melepaskan title anak dara.

Riak wajah si isteri pantas berubah.

Dari tadi ditunggu dengan penuh debaran. Sebetulnya, dari sebelum suami pulang lagi. Berdebar-debar menanti masakan itu masuk ke mulut suami tercinta. Resepi ‘google’ namun dicuba penuh yakin semata-mata mahu menyediakan makan tengahari untuk suaminya.

Suami tersedar, khilaf lidah yang gagal disekat. Hatinya mula risau melihat riak wajah isteri berubah.

A : Isteri lantas bangun berlalu ke dapur. Melarikan diri dari pandangan suami. Komentar suaminya langsung tidak membina, bahkan dirinya terasa cukup kecil dan kerdil.

B : Isteri mencuba untuk senyum. Memujuk hati dalam diam bahawa teguran suami adalah teguran paling ikhlas dan jujur. Lagipun, apalah yang hendak dirajukkan, bukankah masakannya itu memang khusus untuk si suami.

Anda perlu tahu, kehidupan bercinta dalam rumahtangga, realitinya tidak seperti fantasia dalam mana-mana cerita. Ia praktikal yang getir, jika tidak kena caranya. Hendak berlakon atau berpura-pura, mampu bertahan berapa lama? Yang busuk akan terhidu jua, yang cacat akan terpampang juga.

Situasi yang saya gambarkan di atas adalah salah satu dari realitinya.

Ramai wanita gagal mendamaikan suami, biarpun dalam hal sekecil memasak kari. Rajuknya lebih laju dari fokus pada sesuatu isu. Walhal kadang-kadang, yang ditegur suami adalah kari bukan mahu memperkecilkan kemampuan isteri. Yang dihajatkan suami adalah komentar membina supaya lebih berkualiti masakannya, bukannya mahu menghina.

Lalu kadangkala, kepenatan suami yang baru pulang bekerja dibeban pula dengan rajuk tidak semena-mena. Satu hal pula suami mahu memujuk, walhal baru satu suapan nasi masuk ke mulut.


AKAR UMBI
Damai itu datangnya dari sikap elok yang dipertontonkan. Ia bunga dari akhlak yang indah. Akhlak yang indah lahirnya dari hati yang juga indah. Dan hati yang indah hanya terbentuk dengan IMAN, bukan lakonan.

Berpedomankan fantasi dari novel dan filem cinta untuk menjadi seorang isteri, anda memang bukan calon isteri yang mendamaikan hati suami.

Cabaran mendamaikan hati suami biasanya paling hebat di usia pembinaan cinta.

Cinta pun ada fasa pembinaan?

Mestilah. Ada fasa pengenalan, pembinaan dan pengukuhan.

Biasanya, apa yang kita lihat pada kehidupan ibu dan ayah kita adalah fasa pengukuhan. Lantas ramai juga yang menjadikan orang tua mereka sebagai idola untuk bercinta.

Anak dara tengok si ibu sambut si ayah pulang kerja, ambilkan beg, bawakan segelas air dan meluangkan masa menemaninya. Satu persatu perbualan diatur penuh teliti. Perlahan dan cermat, sehinggalah keadaan si ayah stabil dan hilang penatnya.

Si anak dara merasa suka dan menyimpan impian untuk mempraktikkannya juga.

Itu baguslah. Setidak-tidaknya, ada azam dan kemahuan. Cuma harus diingat juga, fasa pengukuhan sama sekali berbeza dengan fasa pembinaan.

Fasa pembinaan biasanya ketika kedua-dua suami dan isteri masih belajar atau baru mula bekerja. Baru memperoleh cahaya mata dan baru mahu bertapak membina kehidupan dan kerjaya. Biasanya fokus masing-masing agak banyak ke tempat lain, menjadikan fokus pada mengukuhkan cinta kadang-kadang terabai.

Sebenarnya, orang yang baru setahun dua berkahwin, atau baru lima tahun berkahwin, ibaratnya masih tidak tahu apa-apa tentang alam rumahtangga. Apatah lagi jika mereka tidak memberikan perhatian sewajarnya pada pembinaan cinta antara mereka, dan juga cahaya mata.

Sibuk berkursus dan berseminar serata dunia, namun program berbentuk kekeluargaan boleh dikatakan tidak pernah dihadirinya. Alasan ‘sudah lama’ berumahtangga kerapkali menjadi virus yang menghakis bahagia dalam diam.

Justeru perlu diingat, fasa pembinaan memerlukan fokus yang tinggi oleh suami kepada isteri dan juga isteri kepada suami.

Ada orang, semangatnya cuma di fasa pengenalan kerana terleka melihat kejayaan orang di fasa pengukuhan, lalu mereka kecundang di fasa pembinaan.


IMPIAN

Setiap wanita menyimpan impian untuk menjadi insan yang paling mendamaikan, khusus buat suami tercinta.

Namun impian hanya akan tinggal impian jika tidak bersungguh-sungguh mahu menjayakan.

Muhasabah diri perlu sentiasa dilakukan. Jangan terbawa-bawa dengan suasana dan persekitaran, sehingga semangat untuk menjadi penyejuk mata suami seperti di awal perkahwinan akhirnya hanya tinggal anganan. Suami yang tidak memberi perhatian dan sibuk dengan urusan kehidupan adalah antara faktor terbesar gagalnya isteri menjadi seorang wanita idaman. Mereka mudah terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sikap suami, lantas menyangka bahawa soal menyejukkan mata dan mendamaikan jiwa hanyalah soal untuk pengantin baru sahaja.

Sebab itu harus sentiasa disemat dalam jiwa tentang niat yang benar tatkala membina impian.

Biar buat sesuatu dengan niat yang betul kerana Allah, bukan terhenti setakat suami sahaja.

Ada wanita berpakaian indah saban hari dengan niat kerana Allah, mahu mendamaikan hati dan pandangan suami. Namun suami kelu untuk memuji. Kelihatan seperti tidak diendahkan, lalu sedikit demi sedikit keindahan itu ditinggalkan, dan kononnya mahu menjadi ‘biasa-biasa saja’.

Itu tandanya niat sudah rosak. Bukan buat kerana Allah, tetapi semata-mata hendakkan pujian. Kalau mahu indah untuk suami, mesti jujur dengan Allah. Itu kuncinya. Dan insyaAllah, damai dan tenang akan Allah anugerahkan untuk suami pada lubuk hatinya yang dalam.

Fitrahnya, Hawa itu mendamaikan.
 
Tidak sulit untuk menjadi Hawa yang mendamaikan.

Namun, tidak susah untuk menjadi Hawa yang meresahkan.