BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 11 January 2014

Ahmad Ammar Ahmad Azam. Allahurabbi :'(



Assalamualaikum..

walaupun dah brpa bulan pemergian almarhum 
Ahmad Ammar Ahmad Azam.
tapi aku masih merasakan kehilangan.
bukan cuma aku malah seise dunia sangat merasakan pemergianmu.
aku tak pernah mengenalimu.
tapi kali pertama aku terbaca kisahmu dan mendengar berita kematianmu.
hati aku begitu sebak..
seolah-olah aku baru saja kehilangan seorang sahabat yang plaing kusayangi.
benar, hebat kuasa Allah.
begitu besar petunjuk yang diberikan. Allahuakbar.

setiap membaca berita tentangmu hati aku sakit.
sakit kerana apa?
kerana aku begitu leka dengan dunia.
sedangkan kau sedang berjuang membela maruah Islam.
sedang aku sendiri tak punya kesedaran sebegitu Ya Ammar :'(
sakit kerana usiamu terlalu singkat di bumi ini.
sedangkan semua umat manusia memerlukan insan sepertimu.
Mujaheddin yang sanggup memperjuangkan Islam 
dalam apa cara sekalipun.
aku terlalu kagum denganmu.

tapi aku sedar Allah lebih menyayangi insan seperti mu Ammar.
ada hikmah disebalik tiap kejadian ini.
Allah menghantar umat sepertimu untuk membangkitkan umatNya.
benarlah pemergianmu sebagai simbolik kebangkitan 
(nahdah) anak muda dunia Islam.
kematian yang hidup.

aku tidak pernah kenal denganmu semasa hayatmu.
bahkan tak pernah tau akan kewujudan jasadmu.
tapi aku dapat merasakan sebuah kehilangan yang besar.
aku merasakan betapa dunia memerlukan insan sepertimu.
aku tak pernah menangis untuk siapapun yang tak pernah aku kenali.
tapi kali pertama aku tau akan kewujudanmu setelah rohmu diangkat ke langit..
aku menangis, Ya Mujahid :'(
aku menangis semahunya seperti kau adalah darah dagingku sendiri.
bahkan setiap kali menatap kisahmu aku masih juga menangis.
aku masih saja sebak.
dan sekarang sedang aku menaip juga aku sedang menangis.
sungguh aku kagum dengan keperibadianmu Ammar.
kisah hidupmu terlalu aku kagum.

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

tak pernah aku temui manusia seluhur keperibadianmu.
semoga Syurga buatmu saudaraku.

usia yang sama. sudah 20 tahun kita hidup di bumi Allah ini.
cuma amalan kita terlalu berbeza Ya Ammar.
mengingatimu, aku merasakan begitu berdosa.
terlalu banyak dosaku, dan terlalu sikit amalanku Ya Allah.
betapa kurangnya kesedaran aku, sedangkan kau sedang berjuang demi Islam.
aku pula terlalu leka. terlalu selesa.
begitu jauh aku rasakan diriku dengan sang pencipta.
membaca kisahmu aku dapat merasakan betapa dekatnya dirimu denganNya.
aku rasakan betapa sayangnya Allah padamu.
dan aku sempat cemburu Ya Mujahid.


adakah aku terlalu sensitif atau memang seharusnya aku menangis Ya Ammar?
hatiku sendiri menangis mengenangkan dosa-dosaku.
kurangnya amalanku.
betapa duniawinya aku sedangkan dirimu sedang gigih berjihad.
egoisnya aku sebagai umatNya.
tanpa berfikir sejenak untuk menjadikan Islam setinggi-tinggi agama.

Ya Mujahid, pemergianmu menjadi kebangkitan nahdah.
kematian yang hidup. yang masih segar dalam benak setiap umat yang merasai
kehilanganmu Ammar.

pemergianmu telah membuka mata banyak sahabat.
dalam usiamu kami tak pernah mengenalimu.
dirimu sangat merendah diri dan kelihatan biasa2 saja.
tapi setelah pemergianmu, namamu menjadi perbualan penduduk bumi
dan langit.
Allahurabbi. Allah Maha Besar.
dalam usiaku sebegini.
baru aku sedar akan kebesaranMu Ya Allah. 


Ya Ammar. rindumu pada syahid telah dimakbulkan Allah.
aku terlalu mencemburui perjalanan hidupmu Ammar.
sungguh gigih kau mencari redha Allah.
sungguh mulia peribadimu.


semasa hayatmu dikelilingi orang-orang soleh.
lihatlah jemaah yang solat jenazah untukmu.
pemergianmu juga diiringi orang-orang soleh.
malah makammu jua ditempatkan di makam para sahabat.
sedangkan kamu juga pelajar Malaysia yang menuntut di Turki.
tapi kamu diberi penghormatan begitu besar Ya Mujahid.
Allahuakbar.
pemergianmu dirasai seluruh umat manusia Ya Mujaheddin. 

berbicara tentangmu takkan pernah habis.
terlalu banyak yang tersimpan dalam dirimu untuk dirungkai.
membaca kisahmu aku tidak pernah bosan.
Allah telah datangkan khalifah sepertimu sebagai pencetus ummah.
Ya Ammar, semoga kau tenang di sana.
Al-fatihah..


No comments:

Post a Comment