BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 12 April 2013


Assalamualaikum husband,

Saya yakin mesti mendidih hati awak bila saya panggil husband kan? tapi awak jangan risau,
ini merupakan panggilan terakhir dari saya. selepas ini awak tak kan dengar lagi, saya akan
pergi jauh dari sini so saya pendekkan cerita, kertas pun dapat sehelai aje, itu pun ehsan dari macha, 
lagipun kalau saya guna kertas cantik-cantik pun sure awak buang juga nanti.
Ha Ha Ha 25x.

Di sini saya ingin meminta maaf atas segala perlakuan saya sebelum dan selepas menjadi isteri awak.
yang paling penting part selepas itulah. saya tahu, saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. saya beranggapan awak mesti tak kisah kan? sebab awak sendiri tidak ingin saya menjadi isteri awak.

Tapi, sebenarnya saya salah, saya berdosa kerana di dalam Islam tidak ada istilah kahwin kontrak atau kahwin olok-olok. suami, tetap suami dan perlu dihormati. saya berdoa sangat agar arwah mama dan paksu tidak akan dibabitkan sama atas perbuatan saya yang jahil ini.

Maafkan saya husband, maafkan saya... Moga kemaafan awak ini akan dapat mengurangkan sedikit bebanan dosa saya. kalau saya katakan yang awak tidak ikhlas mengambil saya sebagai isteri, sebenarnya kata-kata saya itu juga ditujukan pada diri saya sendiri. saya mengahwini awak dengan harapan akan dapat merasa kasih seorang papa.

Namun perkiraan saya salah belaka. saya lupa dalam saya merasa hebat mencatur hidup saya, rupanya perancangan Allah itu Maha sempurna dan mengatasi segalanya. kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan.

Kini saya reda atas segala ketentuan-Nya, kerana itu saya perlu mengundur diri dari hidup awak agar saya dan awak tidak terus dibebani dengan dosa. dosa yang dicipta oleh diri kita sendiri.

Saya, dengan ini mengundur diri dalam hidup awak untuk selamanya. sebaik tamat tempoh 6 bulan nanti awak boleh memberikan apa jua dokumen melalui Farhana untuk saya tandatangani. Doa saya semoga awak berbahagia hingga ke akhir hayat.

Salam dari isterimu, geli telinga awak dengar ya, don't worry cuma tinggal 1 bulan 5 hari saja lagi.

p/s: berbahagialah dengan bahagian kalian yang dapat berbakti dengan orang tua.


No comments:

Post a Comment